Tuesday, 4 December 2012


Bahasa Melayu Darjah 3

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3
Hari : Rabu / 20.10.2012
Masa : 10.35 - 12.05
Tajuk : Rumahku syurgaku
Objektif : Diharap murid dapat membina ayat mudah dan lengkap strukturnya


Aktiviti :
1. Penerangan tentang arahan dalam soalan.
Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah aktiviti. Kedua ialah ayat lengkap.
Aktiviti bermaksud segala perlakuan yang dilakukan dalam gambar.
Untuk kemudahan pembahagian aktiviti dalam gambar, sila bulatkan lima aktiviti yang terdapat dalam gambar. Ini dilakukan kerana soalan mengarahkan kita membina 5 ayat.

2. Menyatakan aktiviti atau kata kerja dalam gambar :
a. Bulatan 1 kata kerjanya ialah membaca.
b. Bulatan 2 kata kerjanya ialah menyuap.
c. Bulatan 3 kata kerjanya ialah bermain.
d. Bulatan 4 kata kerjanya ialah menonton.
e. Bulatan 5 kata kerjanya ialah bercakap.

3. Membina ayat lengkap berdasarkan kata kerja yang telah dinyatakan.
Perhatian : Ayat lengkap bermaksud ayat yang mempunyai
Subjek dan pradikat. Subjek adalah benda dan pradikat ialah cerita kepada benda.
Contoh ayat : Ayah sedang membaca surat khabar.
Ayah {subjek}
sedang membaca surat khabar {pradikat}

4. Ayat-ayat lengkap yang dibina :-
1. Ayah sedang membaca surat khabar.
2. Emak sedang menyuap nasi kepada adik.
3. Abang dan adik sedang bermain komputer.
4. Atan dan Abu sedang menonton televisyen.
5. Kakak sedang bercakap di telefon.

5. Murid membaca dan menyalin semula ayat yang telah dibincangkan.

4 comments: