Tuesday 4 December 2012

Lagu Tiga Kupang


Bahasa Melayu Darjah 3

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3
Hari : Rabu / 20.10.2012
Masa : 10.35 - 12.05
Tajuk : Rumahku syurgaku
Objektif : Diharap murid dapat membina ayat mudah dan lengkap strukturnya


Aktiviti :
1. Penerangan tentang arahan dalam soalan.
Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah aktiviti. Kedua ialah ayat lengkap.
Aktiviti bermaksud segala perlakuan yang dilakukan dalam gambar.
Untuk kemudahan pembahagian aktiviti dalam gambar, sila bulatkan lima aktiviti yang terdapat dalam gambar. Ini dilakukan kerana soalan mengarahkan kita membina 5 ayat.

2. Menyatakan aktiviti atau kata kerja dalam gambar :
a. Bulatan 1 kata kerjanya ialah membaca.
b. Bulatan 2 kata kerjanya ialah menyuap.
c. Bulatan 3 kata kerjanya ialah bermain.
d. Bulatan 4 kata kerjanya ialah menonton.
e. Bulatan 5 kata kerjanya ialah bercakap.

3. Membina ayat lengkap berdasarkan kata kerja yang telah dinyatakan.
Perhatian : Ayat lengkap bermaksud ayat yang mempunyai
Subjek dan pradikat. Subjek adalah benda dan pradikat ialah cerita kepada benda.
Contoh ayat : Ayah sedang membaca surat khabar.
Ayah {subjek}
sedang membaca surat khabar {pradikat}

4. Ayat-ayat lengkap yang dibina :-
1. Ayah sedang membaca surat khabar.
2. Emak sedang menyuap nasi kepada adik.
3. Abang dan adik sedang bermain komputer.
4. Atan dan Abu sedang menonton televisyen.
5. Kakak sedang bercakap di telefon.

5. Murid membaca dan menyalin semula ayat yang telah dibincangkan.

Saturday 10 November 2012

Hari sukan sekolah


Pada 20 Julai 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tshing Nian telah mengadakan termasya sukan yang ke-20. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka.  Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian..
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh  Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-20 ini ialah pasukan Rumah Ungu. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.
                                         
                               
murid-murid sudah bersedia
                                         
acaraa lompat tinggi
                                        
acara lompat tinggi
acara lompat jauh


acara tarik tali
penyampaian hadiah
cara 4 X 100m










Saturday 27 October 2012

Penjodoh bilangan

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan bilangan manusia , benda, haiwan dan tempat. Biasanya penjodoh bilangan digunakan selepas kata bilangan kecuali kata bilangan tak tentu " banyak","semua", "sedikit",segala" dan sebagainya.


Penjodoh bilangan
Penggunaan
Contoh
angkatan
Kumpulan manusia atau benda
Kapal perang, polis,tentera, askar
Bentuk
Benda yang melengkung
Cincin, subang, mata kail
batang
Benda yang panjang dan lulus
Pen, lilin, gigi, tiang, sungai
deret
Bangunan yang berderet
Kedai, rumah, bilik darjah
hiris
Benda yang dipotong nipis-nipis
Timun, tomato,halia ,daging
helai
Benda yang lebar,nipis dan lembut
Baju , kain , kertas , tuala, selendang
longgok
Benda yang berlonggok
Batu, pasir, sampah, buah-buahan
jambak
Benda yang berangkat
Bunga, kunci
rawan
Benda yang berjaring
Jala, jarring, pukat
rumpun
Tumbuhan yang tumbuh berkumpul
Pandan, serai, buluh, lalang


Contoh penjodoh bilangan: 


selonggok pasir                                                                                                 sederet rumah




sebatang pensel                                                                              serumpun buluh
                                              



    sejaambak bunga                                                              seangkatan tentera
                      

Saturday 6 October 2012

Latihan imbuhan

Pilih jawapan yang paling sesuai. 

1. Encik Fakrul seorang yang ____________ kerana beliau suka menderma.
    A semurah               B pemurah            C termurah                 D bermurah

2. Raju  ____________ ular itu dengan sebatang buluh.
     A semurah               B pemurah            C termurah                 D bermurah

3. " Tolong __________ datuk segelas air suam," kata datuk kepada cucunya.
      A ambilkan             B pengambil          C mengambil               D mengambilkan

4. Walaupun Datuk Mustafa bergelar  ___________ , namun beliau tidak pernah kedekut dan meninggi diri.
      A jutawan               B budiman            C karyawan                 D sukarelawan

5. Maisara disenangi oleh rakan-rakannya kerana memiliki  __________ yang baik .
    A tatacara                B tatasusila            C tatanegara                D tatabahasa

6. Amirul telah dipilih sebagai ____________ semasa temasya sukan tahunan di sekolahnya.
    A olahragawati         B olahragawan       C angkasawan             D dermawan

7. Doktor Faizal __________ ubat bius pada gusi Harlina sebelum mencabut giginya.
   A disuntik                 B suntikan            C menyuntik                 D penyuntikan

8. ___________ ke kawasan perkampungan orang asli itu mengambil masa kira-kira dua jam.
    A Pejalan                B Menjalani          C Perjalanan                 D Menjalankan

Thursday 4 October 2012

Imbuhan

Pengimbuhan

Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu :         

A) Imbuhan awalan
B)Imbuhan akhiran
C)Imbuhan apitan
D)Imbuhan pinjaman 

A.Imbuhan Awalan

Imbuhan awalan ialah imbuhan yang digunakan di depan kata dasar.

Contoh :

Awalan beR -
    a) menunjukan keadaan - 
        Ayat contoh : Murid-murid bersedih apabila mengetahui berita buruk itu .

  b) mempunyai
      Ayat contoh : Bapa Ali berkereta besar.

 c) melakukan perbuatan pada diri sendiri
      Ayat contoh : Kakak berjoging di taman pada setiap petang.

d) menaiki
     Ayat contoh : Ina berbasikal ke sekolah setiap hari.

e) memakai
     Ayat contoh : Budak yang bertopi merah itu ialah adik saya.

f) menghasilkan sesuatu
   Ayat contoh : Pokok rambutan di tepi sungai itu berbuah lebat.

g) perbuatan yang berbalas-balas
     Ayat contoh : Kedua-dua budak itu bergaduh.

h) menggunakan
    Ayat contoh : Biasanya kita berpayung pada hari hujan atau cuaca panas.



B.Imbuhan Akhiran

Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang digunakan di belakang kata dasar.

Contoh :


Akhiran -an

    a) tiap-tiap
       Ayat contoh: Dewan Pelajar ialah majalah bulanan.

    b) pelbagai jenis

       Ayat contoh : Kita boleh membeli sayur-sayuran yang murah harganya di pasar tani ini.

   c) hasil perbuatan

       Ayat contoh : Tulisan Ahmad seperti cakar ayam.

   d) tempat

       Ayat contoh ; Kami pulang ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan abang.

  e) alat

      Ayat contoh : Pekerja itu menggunakan ayakan untuk mengasingkan pasir daripada batu kecil.



C.Imbuhan Apitan

Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diberikan di depan dan di belakang kata dasar.

Contoh :


Apitan ke...-an

    a) tempat
       Ayat contoh: Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan tempat kediaman kita.

    b) seakan-akan

       Ayat contoh : Orang itu sudah tua tetapi bersikap kebudak-budakan..

   c) Keadaan atau sifat

       Ayat contoh : Yang  Peng mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
                                  kerana kerajinannya.                           

   d) hasil perbuatan

       Ayat contoh : Dari jauh sayup-sayup kedenganran tangisan bayi itu.


D.Imbuhan Pinjaman

Imbuhan pinjaman digunakan untuk membentuk kata nama.Imbuhan ditambah pada awal atau akhir kata dasar.

Contoh :


     a) juru

       Contoh: jururawat ,juruterbang, jurujual. jurugambar, jurulatih, juruwang

   b) tata

       Contoh : tatabahasa, tatatertib, tatasusila

   c) maha

       Contoh : maharaja, mahasiswa, mahasiswi, mahaguru 


  d) anti
      Contoh : antidadah, antibiotik, antijenayah

Wednesday 3 October 2012

Kenangan manis

                                  Rombong ke Taiping 

       Pada  15 hb September 2012, sekolah kami mengadakan rombongan selama dua hari satu malam ke Taiping. Seramai 32 orang guru dan ahli kelaurga menyertai rombongan ini. Tempat yang kami lawati Bird Century ,Tasik Taiping ,Night Safari Taiping dan hutan bakau.
       Kami sekeluarga menyertai rombongan ini. Kami menaiki bot keluar laut untuk melihat Bird Century. Kami kurang bertuah kerana hanya melihat seekor burung sahaja.Pemandangan di Taman Tasik Taiping indah sekali. Anak perempuan saya menaiki Swan Boat mengelilingi tasik bersama bapanya. Saya pula menaiki bot bersama-sama rakan-rakan.

       Selepas melawat Night Safari , kami masuk ke Hotel Le Jing lebih kurang 10.00pm. Walaupun kami berasa letih tetapi gembira.   n

mm               

 
Suami dan anak perempuan saya
                                        
Bersama kawan baik saya - Koo Chee Chin 
Menaiki Swan Boat di Taman Tasik

Maklumat peribadi

Nama : Lim Siew Kian

Nombor Matrik : D20112053274                                                        

Tempat bekerja : SJK(C) TSHING NIAN, PELABUHAN KLANG        

Hobi : Memasak dan membaca

E-mail : sklim.10@hotmail.com