Tuesday 4 December 2012

Lagu Tiga Kupang


Bahasa Melayu Darjah 3

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3
Hari : Rabu / 20.10.2012
Masa : 10.35 - 12.05
Tajuk : Rumahku syurgaku
Objektif : Diharap murid dapat membina ayat mudah dan lengkap strukturnya


Aktiviti :
1. Penerangan tentang arahan dalam soalan.
Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah aktiviti. Kedua ialah ayat lengkap.
Aktiviti bermaksud segala perlakuan yang dilakukan dalam gambar.
Untuk kemudahan pembahagian aktiviti dalam gambar, sila bulatkan lima aktiviti yang terdapat dalam gambar. Ini dilakukan kerana soalan mengarahkan kita membina 5 ayat.

2. Menyatakan aktiviti atau kata kerja dalam gambar :
a. Bulatan 1 kata kerjanya ialah membaca.
b. Bulatan 2 kata kerjanya ialah menyuap.
c. Bulatan 3 kata kerjanya ialah bermain.
d. Bulatan 4 kata kerjanya ialah menonton.
e. Bulatan 5 kata kerjanya ialah bercakap.

3. Membina ayat lengkap berdasarkan kata kerja yang telah dinyatakan.
Perhatian : Ayat lengkap bermaksud ayat yang mempunyai
Subjek dan pradikat. Subjek adalah benda dan pradikat ialah cerita kepada benda.
Contoh ayat : Ayah sedang membaca surat khabar.
Ayah {subjek}
sedang membaca surat khabar {pradikat}

4. Ayat-ayat lengkap yang dibina :-
1. Ayah sedang membaca surat khabar.
2. Emak sedang menyuap nasi kepada adik.
3. Abang dan adik sedang bermain komputer.
4. Atan dan Abu sedang menonton televisyen.
5. Kakak sedang bercakap di telefon.

5. Murid membaca dan menyalin semula ayat yang telah dibincangkan.

Saturday 10 November 2012

Hari sukan sekolah


Pada 20 Julai 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tshing Nian telah mengadakan termasya sukan yang ke-20. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka.  Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian..
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh  Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-20 ini ialah pasukan Rumah Ungu. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.
                                         
                               
murid-murid sudah bersedia
                                         
acaraa lompat tinggi
                                        
acara lompat tinggi
acara lompat jauh


acara tarik tali
penyampaian hadiah
cara 4 X 100m










Saturday 27 October 2012

Penjodoh bilangan

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan bilangan manusia , benda, haiwan dan tempat. Biasanya penjodoh bilangan digunakan selepas kata bilangan kecuali kata bilangan tak tentu " banyak","semua", "sedikit",segala" dan sebagainya.


Penjodoh bilangan
Penggunaan
Contoh
angkatan
Kumpulan manusia atau benda
Kapal perang, polis,tentera, askar
Bentuk
Benda yang melengkung
Cincin, subang, mata kail
batang
Benda yang panjang dan lulus
Pen, lilin, gigi, tiang, sungai
deret
Bangunan yang berderet
Kedai, rumah, bilik darjah
hiris
Benda yang dipotong nipis-nipis
Timun, tomato,halia ,daging
helai
Benda yang lebar,nipis dan lembut
Baju , kain , kertas , tuala, selendang
longgok
Benda yang berlonggok
Batu, pasir, sampah, buah-buahan
jambak
Benda yang berangkat
Bunga, kunci
rawan
Benda yang berjaring
Jala, jarring, pukat
rumpun
Tumbuhan yang tumbuh berkumpul
Pandan, serai, buluh, lalang


Contoh penjodoh bilangan: 


selonggok pasir                                                                                                 sederet rumah




sebatang pensel                                                                              serumpun buluh
                                              



    sejaambak bunga                                                              seangkatan tentera