Pada 20 Julai 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Tshing Nian telah mengadakan termasya sukan yang ke-20. Termasya sukan ini
diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja
membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan
dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding
bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan
diletakkan di tengah-tengah padang.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat
baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang
tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Acara dimulakan dengan
perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian..
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun
dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara
sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah
jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari
itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah
disampaikan oleh Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-20
ini ialah pasukan Rumah Ungu. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul
12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati
jamuan yang disediakan di kantin.
|
murid-murid sudah bersedia |
|
acaraa lompat tinggi |
|
acara lompat tinggi |
|
acara lompat jauh |
|
acara tarik tali |
|
penyampaian hadiah |
|
cara 4 X 100m |
Syabas, semua murid bertanding dengan bersungguh-sungguh!
ReplyDeleteThanks.
DeleteBahan ini sesuai digunakan dalam pengajaran penulisan Bahasa Malaysia yang bertajuk ' Hari Sukan Sekolah Saya'.
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeleteGood job!
ReplyDeleteThe school compound is big! Nice pictures.
ReplyDelete