LIM SIEW KIAN D20112053274 http://limsiewkian.blogspot.com Group : EL-B01 ( A121PJJ )
Monday, 15 October 2012
Wednesday, 10 October 2012
Saturday, 6 October 2012
Latihan imbuhan
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Encik Fakrul seorang yang ____________ kerana beliau suka menderma.A semurah B pemurah C termurah D bermurah
2. Raju ____________ ular itu dengan sebatang buluh.
A semurah B pemurah C termurah D bermurah
3. " Tolong __________ datuk segelas air suam," kata datuk kepada cucunya.
A ambilkan B pengambil C mengambil D mengambilkan
4. Walaupun Datuk Mustafa bergelar ___________ , namun beliau tidak pernah kedekut dan meninggi diri.
A jutawan B budiman C karyawan D sukarelawan
5. Maisara disenangi oleh rakan-rakannya kerana memiliki __________ yang baik .
A tatacara B tatasusila C tatanegara D tatabahasa
6. Amirul telah dipilih sebagai ____________ semasa temasya sukan tahunan di sekolahnya.
A olahragawati B olahragawan C angkasawan D dermawan
7. Doktor Faizal __________ ubat bius pada gusi Harlina sebelum mencabut giginya.
A disuntik B suntikan C menyuntik D penyuntikan
8. ___________ ke kawasan perkampungan orang asli itu mengambil masa kira-kira dua jam.
A Pejalan B Menjalani C Perjalanan D Menjalankan
Thursday, 4 October 2012
Imbuhan
Pengimbuhan
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu :
A) Imbuhan awalan
B)Imbuhan akhiran
C)Imbuhan apitan
D)Imbuhan pinjaman
A.Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang digunakan di depan kata dasar.
Contoh :
Awalan beR -
a) menunjukan keadaan -
Ayat contoh : Murid-murid bersedih apabila mengetahui berita buruk itu .
b) mempunyai
Ayat contoh : Bapa Ali berkereta besar.
c) melakukan perbuatan pada diri sendiri
Ayat contoh : Kakak berjoging di taman pada setiap petang.
d) menaiki
Ayat contoh : Ina berbasikal ke sekolah setiap hari.
e) memakai
Ayat contoh : Budak yang bertopi merah itu ialah adik saya.
f) menghasilkan sesuatu
Ayat contoh : Pokok rambutan di tepi sungai itu berbuah lebat.
g) perbuatan yang berbalas-balas
Ayat contoh : Kedua-dua budak itu bergaduh.
h) menggunakan
Ayat contoh : Biasanya kita berpayung pada hari hujan atau cuaca panas.
Akhiran -an
a) tiap-tiap
Ayat contoh: Dewan Pelajar ialah majalah bulanan.
b) pelbagai jenis
Ayat contoh : Kita boleh membeli sayur-sayuran yang murah harganya di pasar tani ini.
c) hasil perbuatan
Ayat contoh : Tulisan Ahmad seperti cakar ayam.
d) tempat
Ayat contoh ; Kami pulang ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan abang.
e) alat
Ayat contoh : Pekerja itu menggunakan ayakan untuk mengasingkan pasir daripada batu kecil.
Apitan ke...-an
a) tempat
Ayat contoh: Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan tempat kediaman kita.
b) seakan-akan
Ayat contoh : Orang itu sudah tua tetapi bersikap kebudak-budakan..
c) Keadaan atau sifat
Ayat contoh : Yang Peng mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
kerana kerajinannya.
d) hasil perbuatan
Ayat contoh : Dari jauh sayup-sayup kedenganran tangisan bayi itu.
a) juru
Contoh: jururawat ,juruterbang, jurujual. jurugambar, jurulatih, juruwang
b) tata
Contoh : tatabahasa, tatatertib, tatasusila
c) maha
Contoh : maharaja, mahasiswa, mahasiswi, mahaguru
d) anti
Contoh : antidadah, antibiotik, antijenayah
B.Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang digunakan di belakang kata dasar.
Contoh :
Akhiran -an
a) tiap-tiap
Ayat contoh: Dewan Pelajar ialah majalah bulanan.
b) pelbagai jenis
Ayat contoh : Kita boleh membeli sayur-sayuran yang murah harganya di pasar tani ini.
c) hasil perbuatan
Ayat contoh : Tulisan Ahmad seperti cakar ayam.
d) tempat
Ayat contoh ; Kami pulang ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan abang.
e) alat
Ayat contoh : Pekerja itu menggunakan ayakan untuk mengasingkan pasir daripada batu kecil.
C.Imbuhan Apitan
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diberikan di depan dan di belakang kata dasar.
Contoh :
Apitan ke...-an
a) tempat
Ayat contoh: Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan tempat kediaman kita.
b) seakan-akan
Ayat contoh : Orang itu sudah tua tetapi bersikap kebudak-budakan..
c) Keadaan atau sifat
Ayat contoh : Yang Peng mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
kerana kerajinannya.
d) hasil perbuatan
Ayat contoh : Dari jauh sayup-sayup kedenganran tangisan bayi itu.
D.Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman digunakan untuk membentuk kata nama.Imbuhan ditambah pada awal atau akhir kata dasar.
Contoh :
a) juru
Contoh: jururawat ,juruterbang, jurujual. jurugambar, jurulatih, juruwang
b) tata
Contoh : tatabahasa, tatatertib, tatasusila
c) maha
Contoh : maharaja, mahasiswa, mahasiswi, mahaguru
d) anti
Contoh : antidadah, antibiotik, antijenayah
Wednesday, 3 October 2012
Kenangan manis
Rombong ke Taiping
Pada 15 hb September 2012, sekolah kami mengadakan rombongan selama dua hari satu malam ke Taiping. Seramai 32 orang guru dan ahli kelaurga menyertai rombongan ini. Tempat yang kami lawati Bird Century ,Tasik Taiping ,Night Safari Taiping dan hutan bakau.Kami sekeluarga menyertai rombongan ini. Kami menaiki bot keluar laut untuk melihat Bird Century. Kami kurang bertuah kerana hanya melihat seekor burung sahaja.Pemandangan di Taman Tasik Taiping indah sekali. Anak perempuan saya menaiki Swan Boat mengelilingi tasik bersama bapanya. Saya pula menaiki bot bersama-sama rakan-rakan.
mm
| Suami dan anak perempuan saya |
| Bersama kawan baik saya - Koo Chee Chin |
Maklumat peribadi
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
